Portal Rasmi KSAH | Copyright: Kolej Sultan Abdul Hamid

updated: 24/01/17

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid > Kenali Kami > Sejarah > KSAH 100 Tahun

KSAH 100 TAHUN (SAMBUTAN)

Terdapat beberapa fakta penting sempena Sambutan KSAH 100 Tahun. Berikut disenaraikan beberapa fakta tersebut:

1. Pengisytiharan Collegian of the Century:

Tiga collegian telah diisytihar sebagai Collegian of the Century. Mereka ialah KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman &YA Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad [ klik di sini ]

2. Perubahan Nama Laluan:

Medan di hadapan Anjung Perdana (Blok Utama) kini dikenali sebagai Dataran Tunku Abdul Halim

Laluan A (Laluan Masuk) ditukar nama menjadi Persiaran Tunku Abdul Rahman

Laluan B (Laluan Keluar) ditukar nama menjadi Persiaran Tun Dr. Mahathir Mohamad

3. Centennial Square

Sebuah monumen yang dikenali sebagai Centennial Square telah dibina di antara blok Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Pada hari Majlis Sambutan KSAH 100 Tahun, telah berlaku tiga peristiwa penting di situ yang telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman iaitu:

> Perasmian Centennial Square

> Titah Amanat Kapsul Masa

> Penanaman Kapsul Masa (Time Capsule) ~ akan dibuka pada tahun 2108 nanti.

4. Amanat Masa

Amanat KDYMM sempena sambutan Kolej Sultan Abdul Hamid 100 Tahun telah diabdikan dalam kapsul masa di Dataran Centennial pada 26/07/2008. Kapsul tersebut akan dibuka 100 tahun dari tarikh tersebut iaitu pada tahun 2108.

5. Penulisan Buku

Tiga buah bahan penulisan (buku) telah dihasilkan sempena Sambutan KSAH 100 Tahun iaitu:

> Indah Khabar Indah Rupanya [ klik di sini ]

> A Beacon on The Kedah Plain [ klik di sini ]

> 100 Years of Excellence

Catatan: Buku-buku tersebut boleh dibeli di Koperasi KSAH.

6. Lagu, Logo "KSAH 100 Tahun" & Lagu SAHOCA

Logo dan dua buah lagu telah dicipta iaitu lagu KSAH 100 Tahun dan lagu SAHOCA (oleh Pak Ngah). Lagu-lagu tersebut telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal iaitu Roy. Lirik lagu KSAH 100 Tahun [ klik di sini ]

7. Centennial Auditorium

Bilik komputer (sebelumnya Bilik AVA) telah diubah suai sebagai sebuah auditorium dan dinamakan Centennial Auditorium. Pada hari sambutan, auditorium tersebut telah digunakan sebagai bilik Pameran Seni Lukis oleh bekas-bekas pelajar.  Pameran tersebut telah dirasmikan oleh YA Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kini auditorium digunakan untuk mesyuarat, taklimat, kursus serta pelbagai aktiviti lain.

Catatan: KSAH telah memperolehi sebuah bangunan makmal komputer yang baru (dua tingkat) sebagai ganti bangunan yang dijadikan auditorium.

8. Karnival 100 Tahun

Sempena Majlis Sambutan KSAH 100 Tahun, satu karnival telah diadakan pada 26 hingga 28 Julai 2008. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti pameran, pertandingan sukan, mewarna, karaoke, pelbagai gerai jualan, permainan komputer dan sebagainya yang melibatkan bukan sahaja warga KSAH tetapi juga badan-badan luar. Sambutan daripada masyarakat awam, khususnya collegians amat menggalakkan.

9. Medan Serbaguna

Sebuah medan serba guna telah dibina di Persiaran Tunku Abdul Rahman (tepi gelanggang tenis)

Catatan: Medan serbaguna tersebut dilupuskan untuk pembinaan Dewan Centennial pada tahun 2014.

10. Majlis Tahlil & Forum Perdana

Bersempena sambutan perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Majlis Tahlil dan Forum Perdana itu telah dijadikan sebagai salah satu acara dalam sambutan tersebut. Hampir dua ribu orang muslimin dan muslimat telah hadir pada malam tersebut yang sebahagian besarnya adalah bekas-bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid.

'Institusi Pendidikan Wadah Penjanaan Insan Berketrampilan' merupakan tajuk kepada Forum Perdana yang berlangsung pada malam tersebut. Tiga tokoh telah dijemput untuk mengupas tajuk yang ditetapkan. Mereka ialah Dato' Dr. Uthman El Muhammady (yang merupakan bekas pelajar KSAH), Dato' Badaruddin Hj Ahmad (pensyarah KUIN) dan Ustaz Mohd Isa bin Abdul Rahman.

Forum tersebut diadakan selepas solat Isyak pada 24/07/2008. Sebelumnya telah diadakan majlis bacaan yasin dan tahlil iaitu selepas solat maghrib.

Catatan: Dipos oleh: Mohd A'sri bin Abd. Ghani, Penolong Kanan HEM KSAH (Isnin, 11 Ogos 2008).

11. Dewan Centennial

Sempena sambutan KSAH 100 Tahun, KSAH melalui SAHOCA berhasrat membina sebuah dewan sebagai satu bentuk mercu tanda perayaan tersebut. Pada 18 September 2010 dan bertempat di Dewan Seri Negeri, berlangsunglah Majlis Pelancaran Tabung Dewan Centennial oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Upacara pecah tanah pula telah dilangsungkan pada tahun 2011 juga oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Dewan Centennial yang kini sedang dalam proses pembinaan dijangka siap pada penghujung tahun 2015.

Diposkan oleh:

Turin Ahmad (PK Pentadbiran) & Ahmad Fauzi Mohamed (Web Master)

Selasa, 19 Ogos 2008

Diedit semula pada Jumaat, 10 April 2015

 

Lain-lain Yang Berkaitan: Baharu

"Scholar, Sportsman, Gentleman"

 

SEJARAH

> Pengenalan

> Perkembangan

> Pengetua

> Collegian of the Century

> Collegian of the Year

> Lestari Sukan

> KSAH 100 Tahun

> Asrama

 

 

Penafian: Kolej Sultan Abdul Hamid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh            Kolej Sultan Abdul Hamid.

::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah KSAH :::