Portal Rasmi KSAH | Copyright: Kolej Sultan Abdul Hamid

updated: 24/01/17

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid > Dari Pejabat Pengetua  > Dasar Kualiti

DASAR KUALITI

Dasar Kualiti Pengurusan Kolej Sultan Abdul Hamid merupakan asas & rujukan kepada tindakan kerja atau perkhidmatan kepada pelanggan ke arah merealisasikan misi & visi serta pencapaian matlamat an objektif sekolah.

Dasar Kualiti Pengurusan Organisasi

Pentadbiran pejabat yang cekap dan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan khususnya, pelajar.

Dasar Kualiti Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan yang cekap dan berkualiti. Semua penerimaan dan pembelian mematuhi peraturan, prosedur dan kawalan-kawalan yang ditetapkan

Dasar Kualiti Pengurusan Kurikulum

Pengurusan kurikulum yang berkualiti merangkumi pengurusan panitia yang kemas dan pengajaran & pembelajaran yang berkesan berpusatkan pelajar serta pentaksiran yang sistematik dan berkualiti.

Dasar Kualiti Pengurusan Kokurikulum

Pengurusan kokurikulum yang berkualiti dalam tiga bidang utama gerak kerja kokurikulum (GERKO) iaitu persatuan dan kelab, badan beruniform dan sukan. Penekanan kepada perkembangan diri pelajar dalam kognitif, afektif dan psikomotor.

Dasar Kualiti Pengurusan Hal Ehwal Murid

Pengurusan Hal Ehwal Murid yang berkualiti adalah usaha berterusan bagi melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi mental, emosi, jasmani & rohani. Pencapaian tahap intelek yang baik & penonjolan imej yang murni akan dapat menyumbang kepada peningkatan akhlak & moral dalam kalangan pelajar.

Dasar Kualititi Pembangunan Sumber Manusia

Peningkatan profesionalisme dari segi fizikal & mental, daya fikir & kreativiti, kerja berpasukan serta sentiasa melaksanaan tugas dengan lebih baik secara berterusan.

Dasar Kualititi Pengurusan Hubungan Luar

Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan tahap kerjasama yang tinggi kepada komuniti setempat dan agensi-agensi luar yang mempunyai kepentingan dengan sekolah.

 

PROFIL

> Aluan Pengetua

> Biodata Pengetua

> Pentadbiran

> Takwim

> Dasar Kualiti

> Kemasukan Pelajar

> Pakej Mata Pelajaran

> Penilaian & Peperiksaan

> Pengiktirafan Akademik

> Hostel

> Program Kolej Dalam Kolej

> Pertukaran/Persaraan

Penafian: Kolej Sultan Abdul Hamid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh

Kolej Sultan Abdul Hamid.

::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah KSAH :::