Portal Rasmi KSAH | Copyright: Kolej Sultan Abdul Hamid

updated: 24/01/17

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid > Dari Pejabat Pengetua > KDK

PROGRAM KOLEJ DALAM KOLEJ (KDK)

Program Sekolah Dalam Sekolah (SDS) mula diperkenalkan di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) pada tahun 2002. Namun pelaksanaannya hanya bermula pada tahun 2010 dengan nama baru iaitu Program Kolej Dalam Kolej (KDK). Pada dasarnya Program KDK ini menfokuskan kepada kecekapan pengurusan kurikulum sekolah iaitu menggantikan Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik. Namun, program ini diperluaskan kepada pemantapan pengurusan hal ehwal murid dan kokurikulum.

Kecekapan pengurusan berfokus dilaksanakan dengan mendelegasikan tugas-tugas pengurusan kepada sekumpulan guru yang dipanggil Kolej Coordinator (KC) yang menyelia setiap Kolej. Keputusn-keputusan penting yang melibatkan semua bidang dibuat secara consensus melalui mesyuarat pengurusan Kolej tersebut yang dipengurusikan oleh KC.

Program ini diperkenalkan sebagai suatu usaha ke arah meningkatkan pencapaian prstasi akademik dalam peperiksaan awam, melahir dan meningkatkan bilangan pelajar yang berkebolehan memimpin, berdisiplin dan berketrampilan.

Pelaksanaan program KDK secara langsung mengagihkan kuasa daripada pihak pengurusan sekolah kepada guru-guru selaras dengan konsep pengurusan lebih berfokus. Untuk itu, setiap tingkatan yang dipanggil Kolej akan diketuai oleh seorang guru yang dikenali sebagai Kolej Cooridinator (KC) dan dibantu oleh tiga orang penolong yang dikenali sebagai Penolong Kolej Coordinator (PKC). PKC distukturkan berdasarkan kepada tiga bidang iaitu PKC Akademik, PKC Hal Ehwal Murid dan PKC Kokurikulum. Mereka akan dibantu oleh guru kelas mengikut Kolej masing-masing.

Selaras dengan pelaksanaan KDK, Majlis Kolej (MK) juga ditubuhkan. MK dianggotai oleh Kolej Captain sebagai Pengerusi dan Penolong Kolej Captain sebagai Naib Pengerusi. Ahli-ahlinya terdiri daripada semua Ketua Kelas dalam Kolej. Majlis Perwakilan Kolej (MPK) pula dianggotai oleh Kolej Captain (Kolej 1 hingga Kolej 5). Majlis Pra Universiti (MPU) dikhususkan untuk pelajar Pra Universiti sahaja. MPU diketuai oleh seorang Pengerusi dan dibantu oleh Naib Pengerusi dan ahli Jawatankuasa yang lain.

 

PROFIL

> Aluan Pengetua

> Biodata Pengetua

> Pentadbiran

> Takwim

> Dasar Kualiti

> Kemasukan Pelajar

> Pakej Mata Pelajaran

> Penilaian & Peperiksaan

> Pengiktirafan Akademik

> Hostel

> Program Kolej Dalam Kolej

> Pertukaran/Persaraan

Penafian: Kolej Sultan Abdul Hamid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh            Kolej Sultan Abdul Hamid.

::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah KSAH :::