Portal Rasmi KSAH | Copyright: Kolej Sultan Abdul Hamid©

updated: 24/01/17

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid > Dari Pejabat Pengetua > Biodata Pengetua

BIODATA PENGETUA

MOHD A’SRI BIN ABDUL GHANI

asri.ghani@moe.edu.my

Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid

(Sekolah Premier Negeri Kedah Darul Aman)

Mohd A’sri bin Abdul Ghani dilahirkan di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah pada 18 September 1966. Mendapat pendidikan awal di SRK Hutan Kampong (kini, SK Bohor) (1973 – 1978). Melanjutkan pelajaran ke pendidikan menengah di SMK Kepala Batas, (1979 – 1981, menumpang di SK Kepala Batas) sebelum berpindah ke bangunan baru di lokasi sekarang (1982 – 1983) dan merupakan kumpulan pertama pelajar menduduki peperiksaan SPM di sekolah berkenaan. Pendidikan praUniversiti di Sekolah Menengah Jitra (1984-1985). Seterusnya, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (1986 – 1990). Kemudian, mengikuti kursus Diploma Pendidikan KPLI di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (1992 – 1993). Menamatkan pengajian di peringkat Diploma Kepengetuaan (NPQH) di Institut Aminuddin Baki dan Sarjana (Kepengetuaan) di Universiti Malaya (2003 – 2005).

Kerjaya guru bermula sebagai Guru Penolong di SMK Tunku Ampuan Afzan, Chenor, Maran, Pahang (mulai 1993 -1994). Di sekolah tersebut pernah dilantik sebagai Guru Tanggung Tugas Kokurikulum (mulai 1 Jun 1993 hingga 30 Disember 1994). Pada tahun 1995 hingga 1997 ditukarkan ke SMK (Felda) Bukit Goh, Kuantan dan pernah dilantik sebagai Guru Kanan Bahasa (mulai 16 Mei 1997 hingga 31 Disember 1997). Pada 1998 bertukar ke negeri kelahiran dan ditempatkan di SMK Mergong (1998-2002). Di sekolah tersebut, jawatan yang pernah disandang ialah Guru Tanggung Tugas Kokurikulum (mulai 16 Februari 1998 hingga 21 April 2000) dan Hal Ehwal Murid (mulai 21April 2000 hingga 16 Ogos 2002).

Pada 16 Ogos 2002 ditukarkan ke Kolej Sultan Abdul Hamid (selepas tamat pengajian KSAH) sebagai Guru Kanan Kemanusiaan. Pada tahun 2003, mengikuti kursus NPQH pada peringkat Diploma di Institut Aminuddin Baki dan kemudian menyambung pengajian peringkat Sarjana (Kepengetuaan) di Universiti Malaya. Ditempatkan di KSAH sebagai guru penolong setelah tamat pengajian pada pertengahan tahun 2005. Mulai 16 Februari 2006 dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kemudiannya sebagai Penolong Kanan Pentadbiran mulai 1 Januari 2011 di sekolah yang sama. Pada 16 Disember 2014 telah dilantik pengetua di SMK Sungai Tiang, Kedah Darul Aman. Kini, mulai 1 November 2015 diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid.

 

PROFIL

> Aluan Pengetua

> Biodata Pengetua

> Pentadbiran

> Takwim

> Dasar Kualiti

> Kemasukan Pelajar

> Pakej Mata Pelajaran

> Penilaian & Peperiksaan

> Pengiktirafan Akademik

> Hostel 

> Program Kolej Dalam Kolej

> Pertukaran/Persaraan

Penafian: Kolej Sultan Abdul Hamid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh

Kolej Sultan Abdul Hamid.

::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah KSAH :::