Portal Rasmi KSAH | Copyright: Kolej Sultan Abdul Hamid©

updated: 24/01/17

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid > Dari Pejabat Pengetua > Aluan Pengetua

ALUAN PENGETUA

 

ﺑﺴﻢ  ﺍﷲ ﺍﻟﺮ ﺣﻤﻥ ﺍﻟﺮ ﺣﯾﻡ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di laman web Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Dikesempatan ini saya mengalu-alukan para pengunjung laman web ini. Harapan saya laman web ini dapat dijadikan wadah untuk memperkenalkan budaya dan kecemerlangan warga KSAH dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum kepada dunia luar.

Untuk menjadi insan yang cemerlang, kita perlulah memperkembangkan kuasa minda bagi melahirkan idea-idea yang kreatif dan kritis. Oleh itu, kita seharusnya bijak merebut peluang dan kemudahan yang disediakan. Rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan para pelajar harus berani menempuh anjakan paradigma ke era masyarakat bermaklumat dan berdaya saing.

Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pembestarian Sekolah, khususnya AJK Laman Web kerana telah berusaha dengan gigih dan berjaya membangunkan laman web rasmi KSAH. Pembangunan laman web ini merupakan manifestasi usaha murni pihak sekolah mendokumentasikan pengurusan, kurikulum dan aktiviti yang dijalankan agar dapat dijadikan rujukan dan tatapan bersama.

Akhir kata saya amat berharap agar kecemerlangan KSAH sebagai sebuah sekolah premier terus dipertingkatkan dengan mencipta kejayaan-kejayaan baru dan seterusnya melahirkan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi turut mempunyai budi bahasa dan akhlak yang mulia.

Sekian, terima kasih.

“Scholar, Sportsman, Gentleman”

“Menjunjung Warisan & Wawasan”

MOHD A'SRI ABDUL GHANI

Pengetua,

Kolej Sultan Abdul Hamid,

Jalan Langgar, 05460 Alor Setar,

Kedah Darul Aman, Malaysia.

Tel: 04-7332300 Fax: 04-7305300

E-mel: asri.ghani@moe.edu.my

 

PROFIL

> Aluan Pengetua

> Biodata Pengetua

> Pentadbiran

> Takwim

> Dasar Kualiti

> Kemasukan Pelajar

> Pakej Mata Pelajaran

> Penilaian & Peperiksaan

> Pengiktirafan Akademik

> Hostel 

> Program Kolej Dalam Kolej

> Pertukaran/Persaraan

Penafian: Kolej Sultan Abdul Hamid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh

Kolej Sultan Abdul Hamid.

::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah KSAH :::