Portal Rasmi KSAH | Copyright: Kolej Sultan Abdul Hamid

updated: 24/01/17

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid > Dari Pejabat Pengetua > Pengiktirafan Akademik

PENGIKTIRAFAN AKADEMIK

Secara amnya, terdapat tiga bentuk program pengiktirafan akademik di Kolej Sultan Abdul Hamid. Program-program tersebut diwujudkan untuk memberi pengiktirafan pencapaian akademik pelajar sama ada berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan dalaman utama sekolah atau peperiksaan awam. Ketiga-tiga program tersebut adalah Anugerah Khas Pengetua, Anugerah Pengetua dan Anugerah Khas Kecemerlangan Akademik.

ANUGERAH KHAS PENGETUA

Anugerah Khas Pengetua terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Bitara Akademik dan Kategori Pelajar Berketerampilan.

Kategori Bitara Akademik

Pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Kolej 1, Kolej 2 dan Kolej 3 yang memperoleh skor GPA 4.00 dan pelajar-pelajr Kolej 4, Kolej 5 dan PraUniversiti yang memperoleh skor GPA 3.70 ke atas dalam peperiksaan dalaman utama sekolah. Anugerah diberi dalam bentuk sijil penghargaan dalam Majlis Perhimpunan Khas Sekolah.

Kategori Pelajar Berketerampilan

Pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh skor GPA 3.00 ke atas dalam peperiksaan dalaman utama sekolah dan juga cemerlang dalam kokurikulum sekurang-kurangnya tempat ketiga di peringkat negeri. Anugerah diberi dalam bentuk sijil penghargaan dalam Majlis Perhimpunan Khas Sekolah.

ANUGERAH PENGETUA

Anugerah Pengetua juga terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Kecemerlangan dan Kategori Peningkatan Prestasi.

Kategori Kecemerlangan

Pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Kolej 1, Kolej 2 dan Kolej 3 yang memperoleh skor GPA 3.50 dan pelajar-pelajr Kolej 4, Kolej 5 dan PraUniversiti yang memperoleh skor GPA 3.00 ke atas dalam peperiksaan dalaman utama sekolah. Anugerah diberi dalam bentuk sijil penghargaan dalam Majlis Anugerah Pengetua (MAP) peringkat Kolej (Tingkatan) masing-masing.

Kategori Peningkatan Prestasi

Pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Kolej 1, Kolej 2 dan Kolej 3 yang memperoleh selisih skor GPA 0.50 ke atas dan pelajar-pelajr Kolej 4, Kolej 5 dan PraUniversiti yang memperoleh selisih skor GPA 0.30 ke atas dalam peperiksaan dalaman utama sekolah. Anugerah diberi dalam bentuk sijil penghargaan dalam Majlis Anugerah Pengetua (MAP) peringkat Kolej (Tingkatan) masing-masing.

Nota:

  • Pelajar yang mendapat Anugerah Khas Pengetua Kategori Bitara Akademik tidak diberi Anugerah Pengetua.

  • Pelajar yang mendapat Anugerah Khas Pengetua Kategori Pelajar Berketrampilan layak mendapat Anugerah Pengetua jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Pelajar yang mendapat Anugerah Khas Pengetua Kategori Kecemerlangan tidak diberi Anugerah Pengetua Kategori Peningkatan Prestasi.

ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN AKADEMIK

Anugerah-anugerah berikut disampaikan dalam Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) sama ada pada Sidang Awal atau Sidang Utama.

Anugerah Kategori Tekal Cemerlang

Dianugerahkan kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang secara konsisten berdasarkan skor CGPA tahun sebelumnnya yang dikira berdasarkan pencapaian dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Anugerah ini disampaikan dalam MAC Sidang Awal. Anugerah ini merangkumi:

  • Tempat Pertama dalam Kelas

  • Tempat Pertama, Kedua & Ketiga dalam Tingkatan

  • Terbaik dalam Mata Pelajaran

Anugerah Nilam

Dianugerahkan kepada seorang pelajar bagi setiap kolej (Tingkatan 1 hingga PraUniversiti) yang mencatatkan bilangan buku paling banyak dibaca.

Anugerah Kecemerlangan PMR/PT3

Dianugerahkan kepada pelajar yang memperoleh semua A (7A/8A) dalam peperiksaan PMR/PT3.

Anugerah Kecemerlangan SPM

Dianugerahkan kepada pelajar yang memperoleh GPA 3.50 hingga 4.00 dalam peperiksaan SPM.

Anugerah Kecemerlangan STPM

Dianugerahkan kepada pelajar yang memperoleh GPA 3.50 hingga 4.00 dalam peperiksaan STPM.

Anugerah Khas Akademik (Pencapaian Istimewa)

Dianugerahkan kepada seorang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran.

Anugerah Khas Akademik (Anugerah Khir Johari)

Dianugerahkan kepada seorang pelajar yang mempunyai sahsiah yang terpuji dan cemerlang dalam peperiksaan SPM serta aktif dalam kokurikuum.

Anugerah Khas Akademik (Anugerah Salleh Khir)

Dianugerahkan kepada pelajar bumiputra yang cemerlang dalam PMR dan SPM serta peperiksaan percubaan khususnya dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Anugerah Khas Akademik (Terbaik STPM)

Dianugerahkan kepada dua orang pelajar iaitu seorang dari PraU Kemanusiaan dan seorang dari PraU Sains  yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan Peperiksaan Percubaan STPM.

Anugerah Khas Kecemerlangan (Anugerah Iskandar)

Dianugerahkan kepada seorang pelajar yang berketerampilan sebagai pengiktirafan sebagai pengiktirafan atas komitmennya megharumkan nama KSAH, cemerlang dalam akademik dan menampilkan kecemerlangan  diri dari segi sahsiah, sikap dan kepimpinan.

Anugerah Khas Akademik (Terbaik PMR/PT3)

Anugerah yang dikurniakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Kedah Darul Aman kepada seorang pelajar yang paling cemerlang dalam PMR/PT3, Peperiksaan Percubaan PMR/PT3 dan masih menuntut di KSAH.

Anugerah Khas Akademik (Terbaik SPM)

Anugerah yang dikurniakan oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman kepada seorang pelajar yang paling cemerlang dalam SPM dan Peperiksaan Percubaan SPM.

 

PROFIL

> Aluan Pengetua

> Biodata Pengetua

> Pentadbiran

> Takwim

> Dasar Kualiti

> Kemasukan Pelajar

> Pakej Mata Pelajaran

> Penilaian & Peperiksaan

> Pengiktirafan Akademik

> Hostel

> Program Kolej Dalam Kolej

> Pertukaran/Persaraan

Penafian: Kolej Sultan Abdul Hamid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh

Kolej Sultan Abdul Hamid.

::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah KSAH :::