Portal Rasmi KSAH | Copyright: Kolej Sultan Abdul Hamid

updated: 25/01/17

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid > Pelbagai > Soalan Lazim (FAQ)

SOALAN LAZIM (FAQ)

 

Apakah status KSAH?

KSAH adalah sebuah sekolah harian biasa & kemasukan pelajar adalah bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Adakah KSAH menerima pelajar perempuan?

Pada dasarnya KSAH adalah sebuah sekolah pelajar lelaki dan tidak menawarkan tempat untuk pelajar perempuan kecuali pelajar Tingkatan 6.

Apakah mata pelajaran yang ditawarkan?

Sila ke laman pakej mata pelajaran atau [ kilik di sini ]

Apakah bidang kebitaraan KSAH?

Akademik: Bahasa Inggeris & Kemahiran Hidup Bersepadu

Kokurikulum: Pancaragam & Ragbi

Apakah syarat kemasukan pelajar Tingkatan 1?

Memperoleh sekurang-kurangnya 4A 1B bagi murid dari sekolah kebangsaan atau 6A 1B bagi murid dari sekolah jenis kebangsaan dalam peperiksaan UPSR.

Bagi murid dari Negeri Kedah, permohonan hendaklah dibuat melalui sekolah masing-masing menggunakan borang dan syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah selepas pengumuman keputusan UPSR.

Bagi murid dari negeri-negeri lain, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Apakah syarat kemasukan pelajar Tingkatan 2?

Semua murid sekolah kerajaan yang memperoleh sekurang-kurangnya 4A 1B bagi murid dari sekolah kebangsaan atau 6A 1B bagi murid dari sekolah jenis kebangsaan dalam UPSR.

Mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Tingkatan 1/Tingkatan 2.

Keutamaan akan diberi kepada murid yang aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Mempunyai rekod disiplin yang baik.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Apakah syarat kemasukan pelajar Tingkatan 3?

Sama seperti semua syarat kemasukan pelajar Tingkatan 2 di atas.

Apakah syarat kemasukan pelajar Tingkatan 4?

Semua murid sekolah kerajaan yang  memperoleh sekurang-kurangnya 6A 2B dalam PT3 dengan pencapaian minima Gred B bagi matapelajaran Sains dan Matematik.

Keutamaan akan diberi kepada murid yang aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Mempunyai rekod disiplin yang baik.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Apakah syarat kemasukan pelajar Tingkatan 5?

Sama seperti semua syarat kemasukan pelajar Tingkatan 4 di atas; dan

Mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Tingkatan 4.

Bagaimana untuk menyewa Dewan Centennial Sultan Abdul Halim (DCSAH), SAHC?

Sebarang urusan mengenai DCSAH, sila:

e-mail kepada: kbarcha@gmail.com

atau

e-mail kepada: kbyusoff@gmail.com

atau

sms ke: 019-4343575

 

PELBAGAI

> Soalan Lazim (FAQ)

> Komen & Maklum Balas

> Penafian

> Dasar Privasi

> Peta Laman

> Hak Cipta

Penafian: Kolej Sultan Abdul Hamid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh            Kolej Sultan Abdul Hamid.

::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah KSAH :::