Portal Rasmi KSAH | Copyright: Kolej Sultan Abdul Hamid

updated: 15/01/17

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid > Profil > Visi, MIsi, Falsafah, Matlamat & FPK

VISI, MISI, FALSAFAH, MATLAMAT & FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Visi

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Falsafah 

Mempercayai bahawa setiap insan berpotensi untuk membangun dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek jika diberi peluang dan mendapat bimbingan sewajarnya.

Matlamat

KSAH bermatlamat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab untuk mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 

PROFIL

> Profil Am

> Visi, Misi, Falsafah, Matlamat & FPK

> Moto, Slogan & Ikrar

> Lencana, Bendera & Lagu

 

Penafian: Kolej Sultan Abdul Hamid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh

Kolej Sultan Abdul Hamid.

::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah KSAH :::