Ketetapan HEM 2019

PENDAHULUAN

Pengurusan HEM Kolej Sultan Abdul Hamid akan member tumpuan terhadap kemenjadian pelajar disamping aspek kebajikan, keselamatan serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik untuk menjana pembangunan modal insan. Perancangan dan perlaksanaan program dibawah HEM akan diurus dengan cekap berdasarkan prinsip 6P :

  1. Perancangan
  2. Pelaksanaan
  3. Pemantauan
  4. Penilaian
  5. Penambahbaikan
  6. Pendokumentasian

Untuk memastikan matlamat sekolah dan HEM tercapai dengan mengambilkira isu- isu semasa di KSAH serta legasi kecemerlangan . Program kearah membina karektor murid yang mempunyai jati diri dan keperibadian unggul atau towering personaliti juga akan diberi keutamaan. Kerjasama erat guru/ murid akan mampu merealisasikan pencapaian matlamat dan halatuju  HEM KSAH.


MATLAMAT

Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.


OBJEKTIF

  1. Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas pengurusan HEM
  2. Menghasilkan program HEM yang dapat membantu kecemerlangan murid
  3. Menyedia dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan
  4. Memastikan pengurusan disiplin mematuhi prosedur serta melaksanakan program pendidikan disiplin

STRATEGI PENCAPAIAN MATLAMAT PENGURUSAN HEM

  1. SISTEM PENDAFTARAN PELAJAR
  • Mengisi dan menyerah boring maklumat pelajar pada hari pendaftaran
  • Orientasi Tingkatan 1

2. PENGUATKUASAAN PERATURAN SEKOLAH

  • Semua murid memiliki Buku Panduan Disiplin
  • Semua murid memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap
  • Membuat lantikan pengawas sekolah (10% daripada jumlah pelajar)
  • Mengadakan sesi kaunseling untuk murid yang melanggar disiplin sekolah.

3. PERLAKSANAAN PROGRAM KESIHATAN

  • Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat
  • Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
  • Memastikan pengurusan kantin mematuhi syarat dan persekitaran kantin sentiasa bersih.
  • Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan dikalangan pelajar dengan mengadakan program- program berikut :

=> Pertandingan keceriaan kelas

=> Gotong royong berkala

=> Kempen  “Kita Sayang Kolej”

MEMPERTINGKATKAN PERANAN GURU

Semua guru adalah guru disiplin

Tindakan guru berkonsepkan mendidik, bukan menghukum.

MELAKSANAKAN SESI KAUNSELING/ MOTIVASI

  • Mengadakan sesi kaunseling
  1. Individu
  2. Kelompok
  • Mengadakan Kem Jati Diri dan Kursus Motivasi terhadap kumpulan sasaran

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

  • Latihan Kawad Kebakaran
  • Ceramah dan pameran daripada agensi AADK, Pejabat Kesihatan, PDRM dari aspek :
  1. Jenayah
  2. Penyalahgunaan dadah
  3. Pertolongan cemas

PENYERTAAN AKTIVITI LUAR

  • Koakademik
  • Kokurikulum
  • Sukan dan permainan

PROGRAM 3K

  • Ceramah Antidadah
  • Pameran kesihatan
  • Pemeriksaan kesihatan guru/ staf
  • Gotong royong
  • Kempen kitar semula
  • Senamrobik/ riadah

PROGRAM BULAN PATRIOTISME

  • Sambutan Bulan Kemerdekaan
  • Menanam semangat cintakan Negara
  • Menghayati erti kemerdekaan

PROGRAM KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

  • Mengadakan RUHUL MUHSIN untuk semua murid
  • Ceramah Agama Bulanan
  • Bacaan Yassin Mingguan
  • Bacaan Asmaulhusna sewaktu perhimpunan rasmi
  • Program Ihya’ Ramadan

KEMENJADIAN PELAJAR ASRAMA

Melaksanakan program pengukuhan akademik

Mengadakan program kerohanian/ Pembangunan Insan

Solat Jemaah/ Kelas hafazan

Kebitaraan Asrama

5. HALA TUJU HEM 2019

  • Memantapkan pengurusan HEM
  • Melaksanakan program HEM dengan berkesan dan ketepatan data
  • Memperkasakan program bina insan 
  • Melaksanakan program kecemerlangan sahsiah murid 
  • Memantapkan pengurusan disiplin murid 
ASPEKSASARAN
KEHADIRAN96%
ASRAMAPENCALONAN ASAT PERINGKAT KEBANGSAAN
DISIPLINSIFAR
SAHSIAHGENTLEMEN’

X