Sejarah Sekolah

1908
Penubuhan Government English School (G.E.S). Sebuah rumah kayu usang (bekas pejabat Menteri Besar, Dato' Wan Muhd. Saman) terletak di antara Mahkamah Tinggi dengan Balai Nobat digunakan. Pengetua pertama : En. Mohamad Iskandar (bekas guru Penang Free School). Tiada pelajar pada hari pertama.
1909
Bilangan pelajar bertambah. Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah antara pelajar yang awal ke G.E.S.
1911
Enrolmen : 97. En. Ismail Merican (juga dari Penang Free School) menjadi pengetua baru. Bangunan tidak dapat menampung murid yang begitu ramai; kelas sering diadakan di bawah pokok. Oleh itu sebuah rumah batu di Jalan Penjara Lama disewa. Bangunan ini terletak di belakang Balai Polis (Jalan Raja). Bangunan ini tidak sesuai, sempit dan gelap. Tiada tempat untuk bermain.
1913
En. Ismail Merican meletakkan jawatan untuk berkhidmat dengan Kedah Civil Service. Diganti oleh En. Abdul Manaf; kemudian Tuan Syed Jan Aljafree (beliau menubuhkan Ibrahim School, Sg. Petani pada 1919). Tanah seluas 30 ekar di Tanjung Bendahara telah dikenalpasti untuk dijadikan tapak baru GES.
1914
Dalam usaha memajukan pendidikan (khususnya GES) seorang pengetua yang lebih berkelayakan diperlukan. Mr. E.A.G. Stuart (guru dari Malay College, Kuala Kangsar) dilantik. Beliau juga memegang jawatan Superintendent of Education (Pengarah Pendidikan Kedah).
1921
Oleh sebab Mr. Stuart sibuk dengan tugasnya sebagai Superintendent of Education, Captain Cooney dilantik sebagai Pengetua. (Mr. Stuart kembali menerajui GES pada awal 1923). 3 calon lulus Junior Cambridge pada tahun ini.
1930
Pengetua baru: Mr. R.M. Young. Stuart Library siap dibina; kos pembinaan melebihi $12,000 (daripada tabung Stuart Memorial Fund). Bangunan ini dibina untuk mengenang jasa Mr. Stuart yang meninggal dunia pada 1927: mewarisi 2000 naskah buku daripada mendiang. Stuart memorial Library dibuka secara rasmi oleh Tuanku Sultan pada 28 November 1932.
1935
Nama GES ditukar kepada Sultan Abdul Hamid College (pada 22 Oktober 1935). Mr. R.A. Goodchild menubuhkan Rifle Club dan Mr. N. Rees memperkenalkan boxing. Nama 'Divisions' ditukar kepada 'Houses' : King's, Sultan, Head's, Regent dan Kedah.
1941 - 1944
Sekolah ditutup. SAHC menjadi markas tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
1945
SAHC dibuka semula (selepas perang) pada 15 Oktober 1945. Keadaan fizikal amat teruk akibat perang. Mr. J.F. Augustin (pengetua baru, juga guru suatu masa dulu) berjaya memulihkan keadaan.
1946
Mr. Augustin ditukar ke Ibrahim School, Sungai Petani (menjadi pengetua di situ); digantikan oleh Capt. G.E Marrison (pegawai tentera Punjab Regiment). Beberapa bulan kemudian Capt. Marrison diganti oleh Mr. E.S. Tiddeman. Mahathir bin Mohamad (sekarang Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-4) memegang jawatan Secretary dalam Literary and Debating Society dan King's House.
1956
Mr. G.E. Sutcliffe menggantikan Mr. Martin Ogle sebagai pengetua. SAHC menjadi sebuah sekolah menengah sepenuhnya. Bahagian sekolah rendah SAHC (yang selama ini diurus oleh penyelia) dijadikan dua buah sekolah rendah yang baru iaitu Sekolah Rendah Iskandar dan Sekolah Rendah Tunku Abdul Halim.
1971
Nama 'Kolej Sultan Abdul Hamid' mula digunakan dalam urusan rasmi. Bahasa Malaysia mula diberi keutamaan
1983
Enrolmen : 1724 Pengetua baru: En. Kassim bin Saad.
1991
Lawatan Perdana Menteri (YAB Dato Seri Mahathir bin Mohamed) ke alma maternya pada Hari Anugerah Cemerlang - mengumumkan peruntukan wang untuk kerja-kerja membaikpulih bangunan KSAH.
1998
Pasukan ragbi menjadi Johan Sekolah-Sekolah Premier Kebangsaan. Pelajar Akmal Rizal bin Ahmad Rakhli mewakili negara dalam permainan bola sepak. Pengambilan pelajar-pelajar baru ke Tingkatan 1 mulai dikawal oleh JPN. Perasmian makmal komputer oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamed. Kos pengubahsuaian bilik dan peralatan (komputer dsbnya) adalah sumbangan En. Mirzan bin Mahathir.
1999
Pengetua baru : En. Ismail bin Haji Din. Pelajar Cacat Penglihatan dipindahkan ke SMK Tunku Abdul Malik. KSAH melaksanakan program Smart School di bawah seliaan Multimedia Development Corporation dan SAHOCA untuk selama 4 tahun (1999 - 2002). KSAH menang Anugerah Inovasi (kumpulan) 'Momentum One' peringkat kebangsaan.
2001
Pengetua baru : En. Morazuki bin Hashim (mulai Julai 2001) KSAH menjadi johan Piala Juara Kebangsaan (Bawah 15 Tahun) dalam permainan bola sepak. Juara Pidato Kenegaraan Kebangsaan. Pasukan Bola Sepak Bawah 15 tahun menjadi Johan MSSM. Menerima bas terpakai sumbangan Dato' Abdul Rahman Ibrahim (pemilik Rahman Brothers) (JDD 2268).
2002
Lawatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Ke Kolej sempena Program Bersama Rakyat. Anugerah 'Collegian Of The Year' diperkenalkan. Semua kelas Tingkatan 4 dijadikan kelas sains dan teknologi. Nama kelas bagi semua tingkatan ditukar kepada Alfa, Beta, Delta, Gamma, Omega, Sigma dan Upsilon. Galeri Kolej ditubuhkan - dirasmi oleh Tuanku Sultan. Pelancaran Dana Pembangunan KSAH oleh KDYMM Tunku Sultan Kedah.
2003
Penyerahan semula Program Smart School oleh MDC kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran Pendidikan Muzik diperkenalkan. KSAH memperoleh sebuah bas baru daripada Kementerian Pelajaran (WJW 9157). Warna ungu menggantikan warna coklat sebagai warna rasmi Rumah Kedah selepas mendapat perkenan KDYMM Tuanku Sultan.
2008
Sambutan Kolej 100 tahun dan disambut sebagai salah satu acara Sambutan 50 tahun pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Dataran di hadapan Blok Utama dinamakan Dataran Sultan Abdul Halim, laluan masuk utama dinamakan Persiaran Tunku Abdul Rahman dan laluan keluar utama dinamakan Persiaran Tun Dr. Mahathir. Dataran bersebelahan Dewan Iskandar dan Gelanggang Bola Tampar dinamakan Dataran Tun Dr. Mahathir.
2011
Program KDK dimantapkan. Bilangan kelas Tingkatan 1 ditambah menjadi 7 kelas dan bilangan kelas Tingkatan 4 menjadi 6 kelas. Upacara Pecah Tanah Dewan Centennial oleh KDYMM Tunku Sultan Kedah.
2016
Perasmian Dewan Sultan Abdul Halim ( Dewan Centennial ) telah disempurnakan oleh YTM Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah) pada 18 Mei 2016 bersamaan 11 Syaaban 1437.
Previous
Next
X