INFO TERKINI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 KSAH SESI 2021

INFO TERKINI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 KSAH SESI 2021

  1. Pendaftaran akan diadakan secara mod ‘drive thru’.
  2. Pelajar akan masuk melalui pintu utama KSAH mulai jam 11 pagi hingga jam 12.30 tengah hari.
  3. Pendaftaran akan berlaku di kaunter di kawasan berhadapan Stuart Library.
  4. Pelajar akan diberikan kelas sementara oleh pihak sekolah. Sila rujuk lampiran di bawah untuk mengetahui kelas sementara dan kaunter anda. Sila ingat kelas sementara anda untuk melancarkan proses pendaftaran.
  5. Pelajar boleh mendaftar untuk kelas pilihan masing-masing. Panduan pendaftaran kelas disediakan di dalam kit pendaftaran yang akan diberikan nanti.
  6. Buku teks akan turut diedarkan kepada pelajar-pelajar mengikut kelas sementara yang diberikan. Waris atau pelajar dikehendaki menandatangani pengakuan telah menerima buku teks.
  7. Pelajar akan dimaklumkan mengenai tarikh penukaran semula buku teks apabila telah mendapat kelas yang sebenar.
  8. Proses pendaftaran bagi setiap pelajar akan dijalankan sepantas mungkin demi menjaga SOP yang ketat.
error: Content is protected !!