Perasmian Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid (new version)

Maklumat dihujung jari. Buat tatapan dan rujukan generasi alpha.

Portal Rasmi Kolej Sultan Abdul Hamid telah dirasmikan oleh Cikgu Malek bin Abu Hassan, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah bersama Cikgu Osman bin Md Noor, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar dan CEO CO-OP Bank Pertama, En. Mohd Nor bin Abd Razak.
Bersempena dengan Jerayawara Program Memperkasakan Generasi Alpha bertempat di Dewan Iskandar, Kolej Sultan Abdul Hamid pada 20 Oktober 2019. Tahniah dan syabas buat semua team kerja yang bertungkus lumus menyiapkan portal rasmi kolej.

X